Saya
sebagai pelajar latihan industri ingin memberikan sedikit dapatan dan cadangan
untuk Jabatan Zakat Negeri Kedah (JZNK) supaya dapat membangun dengan lebih
maju. Berkemungkinan juga ia dapat memperbaiki dan memberi kemudahan dan
keselesaan bagi semua pihak serta boleh digunakan oleh pihak pengurusan pada
masa akan datang.
5.1 Dapatan
Hasil laporan ini secara
keseluruhannya memberi pengetahuan dan kemahiran yang berguna khususnya dalam
bidang kesetiausahaan dan pengurusan pejabat. Sepanjang menjalani latihan di
Jabatan Zakat Negeri Kedah (JZNK), saya memperoleh banyak pengetahuan dan
pengalaman baru yang amat berguna kepada seorang pelajar yang akan melangkah
masuk ke alam pekerjaan kelak. Ini merupakan salah satu kelebihan yang ada
untuk pelajar politeknik berbanding pelajar dari institusi pengajian tinggi
yang lain.
Dalam tempoh selama 20 minggu, saya
amat berpuas hati dengan kerjasama, perhatian serta tunjuk ajar yang diberikan
oleh kakitangan JZNK tidak kira pangkat dan kedudukan. Pengetahuan dan
kemahiran yang diperoleh dari minggu pertama hingga minggu ke dua puluh telah
banyak membantu saya dalam meningkatkan prestasi, kemampuan dan mengenal pasti
kelemahan yang ada di samping mengaplikasikan teori yang dipelajari di dalam
kelas.
Antara pendapat atau pandangan yang
saya ingin berikan ialah:
Ø Kedudukan
kaunter khidmat pelanggan yang terletak di Aras 3 menyukarkan orang lain yang
berurusan dengan JZNK. Sebagai contoh, untuk proses permohonan bantuan zakat
dilakukan oleh pegawai PZD. Sesetengah pihak yang ingin memohon bantuan
terpaksa turun ke aras bawah semula apabila dimaklumkan PZD Kota Setar terletak
di Aras Tanah. Kadangkala warga emas yang uzur datang ke JZNK perlu menaiki lif
ke Aras 3 untuk bertanya status permohonan bantuan.
Ø Kontraktor
yang datang untuk mendaftar dengan pihak JZNK akan ke kaunter khidmat pelanggan
untuk mengisi borang pendaftaran kontraktor. Hal ini menyebabkan kesesakan
kaunter dan pihak lain yang ingin berurusan dengan pihak JZNK seperti penghantaran
surat, pertanyaan orang luar mengenai zakat dan panggilan telefon tidak dapat
disegerakan.
5.2 Cadangan
Penerimaan saya untuk menjalankan
latihan industri di Jabatan Zakat Negeri Kedah (JZNK) amatlah dihargai. Oleh
itu, saya ingin mengemukakan beberapa cadangan dan idea yang mungkin boleh digunakan oleh pihak
pengurusan pada masa akan datang.
Ø Untuk
menjadikan JZNK sebagai sebuah organisasi yang sentiasa dipandang tinggi oleh
masyarakat sekeliling, pihak pengurusan JZNK dan pegawai-pegawai Pejabat Zakat
Daerah (PZD) hendaklah sentiasa menepati masa dan menjalankan kerja dengan
amanah dan efisien. Seperti yang sedia maklum bahawa pihak JZNK mempunyai
banyak skim bantuan zakat dan kekurangan tenaga kerja di PZD menyukarkan
pegawai keluar untuk membuat siasatan. Namun, jika pegawai mengatur masa dengan
efisien dan tidak membuang masa dan melakukan kerja dengan amanah, proses
permohonan bantuan zakat untuk asnaf dapat disegerakan.
Ø Seperti
jabatan-jabatan lain, kaunter khidmat pelanggan selalunya diletakkan di hadapan
pintu masuk pejabat. Seperti yang sedia maklum bahawa JZNK mempunyai 10 tingkat
dan saya mencadangkan agar kaunter khidmat pelanggan ditempatkan di aras bawah
untuk memudahkan orang ramai yang berurusan dengan JZNK. Justeru, pihak JZNK
perlu memikirkan inisiatif yang perlu diambil untuk masalah ini. Selain itu,
pegawai khidmat pelanggan yang ada di JZNK sebanyak seorang. Seharusnya kaunter
khidmat pelanggan memerlukan sekurang-kurangnya sebanyak dua orang pegawai
untuk menguruskan kaunter khidmat pelanggan. Oleh itu, pelanggan yang datang tidak
perlu untuk menunggu lama untuk berurusan dengan pegawai jika kaunter diuruskan
dua orang pegawai.
Ø Pegawai
yang menguruskan bahagian pendaftaran kontraktor seharusnya menyediakan kaunter
berasingan untuk pendaftaran. Di samping itu, pegawai khidmat pelanggan dapat
menjalankan tugas tanpa sebarang gangguan. Jika perkara ini terus berlanjutan
pihak luar yang berurusan dengan JZNK akan menyalahkan pegawai kerana tidak
melakukan kerja dengan baik. Hal ini akan menyebabkan imej dan nama baik JZNK
akan tercalar. Saya percaya pihak pengurusan JZNK boleh mempertimbangkan
cadangan ini.
asalamualaikum yang berkenaan...mintak izin ambil ayat ini sebagai bahan rujukan...halakan ye
ReplyDeletehai awak assalammualaikum, saya minta izin ye untuk gunakan ayat awak untuk laporan akhir semester 6 ... mintak halalkan ye :)
ReplyDeleteasalammualaikum , saya mintak izin untuk gunakan dalam laporan akhir saya ya, minta halalkan ya , terima kasih
ReplyDeleteassalamualaikum, saya minta izin halalkan atas dasar rujukan ye :))
ReplyDeleteAssalammualaikum, saya minta izin ayat yang digunakan untuk dijadikan rujukan
ReplyDelete