JABATAN ZAKAT NEGERI KEDAH

JABATAN ZAKAT NEGERI KEDAH
www.zakatkedah.com

Penghargaaan


Alhamdulillah, seinfiniti kesyukuran ingin saya panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya, dapat saya menyiapkan Laporan Latihan Industri ini dengan jayanya.

 Setinggi penghargaan diberikan kepada Setiausaha Jabatan Zakat Negeri Kedah, Dato’ Syeikh Ghazali bin Hj. Yaacob kerana telah memberi peluang untuk saya menjalankan latihan industri di Jabatan Zakat Negeri Kedah.

Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada Encik Mohd Sani bin Harun selaku penyelia dan ketua bahagian korporat Jabatan Zakat Negeri Kedah, staf-staf bahagian korporat serta seluruh kakitangan Jabatan Zakat Negeri Kedah kerana sudi memberikan bimbingan dan tunjuk ajar kepada saya sepanjang tempoh menjalani latihan industri. Alhamdulillah, dengan sokongan, galakan dan didikan yang diberi akhirnya saya dapat menyiapkan tugasan semasa menjalani latihan industri di sana selama 20 minggu.

Seterusnya, terima kasih kepada Pegawai Unit Perhubungan Latihan Industri Politeknik Mersing, Puan Azlina binti Hamdan yang telah banyak membantu dan memberikan kerjasama kepada saya dalam melakukan latihan ini. Tidak lupa juga kepada Puan Noor Azura binti Ismail, selaku Penasihat Akademik yang sentiasa prihatin dan mengambil berat dalam keperluan pelajar-pelajar jagaannya.

Akhirulkalam, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih buat kedua ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan tanpa rasa jemu ketika serta rakan-rakan seperjuangan yang sudi berkongsi ilmu dan idea kepada saya insan yang kerdil ini. Terima kasih juga kepada pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung sepanjang proses saya menyiapkan laporan latihan industri.



Sekian. 

No comments:

Post a Comment